Social Icons

Tabung Khairat Kematian



PENGENALAN :


Penubuhan Tabung Khairat Kematian Jawatankuasa Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10telah diilhamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tanah Perkuburan Dan JKKK Kg.Melaka. Mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 29 Mac 2012, 9.00 malam di Dewan Pondok Mahad Tafiz. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan 1 masjid bt 10 dan 2 surau, Surau bt 11 dan surau Bt 10. Keahliannya adalah disasarkan kepada kariah masjid batu 10, surau batu 11, surau batu 10 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.

TUJUAN :
  1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban waris simati.
  2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
  3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.
KEMUDAHAN :

Pihak pengurusan Tabung Khairat Kematian Jawatankuasa Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 akan membantu waris simati dalam mendapatkan kemudahan bagi pengurusan jenazah seperti berikut :
  1. Urusan mendapatkan van jenazah
  2. Tempat mandi jenazah
  3. Team mandi jenazah
  4. Set kelengkapan kapan
  5. Keranda
  6. Tanah perkuburan dan penggali kubur
  7. Imam solat jenazah
  8. Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Jamiul Hasanat Batu 10, Surau Batu 10 & Surau Batu 11
CARTA ALIR :



SYARAT-SYARAT KEAHLIAN :
  1. Terbuka kepada orang Islam yang bermastautin di kariah masjid batu 10,surau batu 11,surau batu 10.
  2. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran: 
    • Ahli.
    • Isteri/suami.
    • Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak bekerja.
    • Ibubapa/mertua atau penjaga yang tinggal bersama. 
  3. Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK Khairat Kematian Jawatankuasa Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10  dan yuran pendaftaran serta yuran tahunan telah dibayar.
YURAN :

 1. Yuran pendaftaran adalah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja). Yuran tahunan adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) setahun dengan mengira berapa ramai ahli/tanggungan yang meninggal pada tahun tersebut. Yuran tahunan juga boleh dibayar untuk jangkapanjang.( menikut kematian )

2.  Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum 31 Mac tahun yang berkenaan. Ahli yang gagal membayar yuran tahunan selepas 31 Mac bagi tahun berkenaan akan digantung keahlian dan hilang kelayakan daripada menerima sumbangan kewangan yang ditentukan dalam peraturan ini. Sekiranya ahli tersebut masih gagal membayar yuran tahunan sebelum 30 Jun bagi tahun berkenaan maka ia akan hilang keahliannya setelah diberi surat peringatan. 



ORGANISASI TABUNG KHAIRAT KEMATIAN :

EN. ABDUL NAJIB BIN SAARI
( PENASIHAT )

HJ MAT MARZUKI BIN KADIRAN
( PENGERUSI )

EN. KHAIR ANUAR BIN AMIRUDDIN
( SETIAUSAHA )

HJ HAMID BIN HJ ARSAD
( BENDAHARI )

PEMERIKSA KIRA-KIRA :
  1. EN. HASAN BIN HJ WAHAB
  2. EN. MOHD KHAIRUDIN BIN MOHD ZAINURI
AJK :
  1. EN. SUHAIMI BIN HJ. SAPUAN
  2. EN. HAMID BIN NGADI
  3. EN. AMAT SARPANI BIN ROSMAH
  4. EN. MOHD HANAFI BIN MOHD ZAINURI
  5. EN. MUHAMAD MUHAINI BIN MOKHTAR
  6. EN. HAFID BIN HJ AMAT MARZUKI
  7. EN. SHARI BIN TALIB 
  8. EN. BASRIN BIN KARTO

GAMBAR :

HADAPAN TANAH PERKUBURAN
ARAH KIBLAT
TANAH PERKUBURAN