Social Icons

Pengenalan



PENGENALAN SURAU BATU 10

            Surau batu 10, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Pengasas utama terdiri daripada Tuan Haji Dasuki, Tuan Haji Osman, Haji Abdul Manan, Haji Giblu, Haji Tamri, Ustaz Kasim dan Tuan Haji Said, sehingga terdirinya sebuah surau yang berukuran 40’  x 40’. Tanah tapak surau ini telah diwakafkan oleh Tuan Haji Said seluas 100 persegi, yang terletak di Jalan Lama Bagan Tengkorak, Tg. Karang, Selangor Darul Ehsan.
            Pada tahun 60-an penduduk kampong tidak begitu ramai, anggaran dalam 15 hingga 20 orang sahaja. Lama-kelamaan sehingga kini penduduk qariah mencapai 120 orang. Sekitar tahun 60an, surau tersebut di tadbir oleh beberapa orang sahaja, yang terdiri daripada imam, bilal, dan siak. AJK pengurusan tidak wujud sebab ahli yang hadir ke surau tidak begitu ramai. Pada tahun 1960-an, solat lima waktu tidak dapat di jalankan sepenuhnya, hanya solat maghrib dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara berjemaah di surau. Pada ketika itu, surau dipimpin oleh Imam Giblu Kosnandi dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain.
Proses pengurusan surau mula dilaksanakan dengan pembentukan Ahli Jawatan Kuasa Surau, yang terdiri dari imam, bilal, siak, dan lima orag AJK. Melalui sumbangan derma orang ramai maka proses pembesaran surau dibuat bagi keselesaan penduduk untuk beribadat di surau mula dirasai. Pada tahun 1970-an ahli qariah surau semakin bertambah dari masa ke semasa sehingga hari ini.
Pada tahun 6o-an sehingga tahun 90-an beberapa pengubahsuaian surau sudah dibuat dengan kewangan surau yang ada dan bantuan dari orang ramai. Pusat Zakat Selangor telah menyumbangkan sedikit bantuan dari segi kewangan dan hal-hal yang berkaitan bagi membina kemudahan asas seperti tandas dan tempat berwudhuk.
Pada tahun 1990-an, sebahagian AJK yang di lantik telah di hantar kursus oleh Pejabat Agama Islam, Kuala Selangor bagi mendedahkan tugas dan tanggungjawab yang di jawat untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan lagi. Diantara AJK yang di lantik adalah Biro Dakwah. Biro ini penting untuk melaksanakan tugas-tugas keagamaan dan pengajian.
Pada era tahun 2000, surau telah berkembang dengan pesatnya oleh qariah surau. Pelbagai aktiviti telah di jalankan, contohnya di adakan gotong royong membersihkan surau menjelang bulan ramadhan. Pengajian setiap malam jumaat telah di adakan majlis ilmu sementara kumpulan pengajian wanita di lakukan petang selasa. Penceramah pula terdiri daripada ustaz tempahan. Juga mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam seperti Sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Isra’ Mikraj, Nuzul Quran. Untuk makluman juga, setiap lepas maghrib dapat di adakan tazkirah dalam 10 minit. Selain itu, sembahyang 5 waktu juga dapat diadakan dengan berjamaah di surau.

Syukur alhamdulilah.

AKTIVITI 

  • Berjaya mengadakan forum perdana sempena sambutan israk mikraj pada Mei 2009.
  • Mengadakan majlis kebesaran dengan memanggil penceramah luar.
  • Korban lembu – di jalankan menjelang Hari Qurban.
  • Pada tahun 2011 dan 2012 banyak kerja-kerja baikpulih surau di jalankan.
  • Projek naik taraf surau batu 10.
  • Satu pejabat surau telah diadakan.
  • Tempat ambil wudhuk – lelaki / perempuan telah di buat.
  • Garaj kereta & motor telah di bina.
  • Generator – jika tiada elektrik generator akan di gunakan.
  • Membina tempat sembelihan lembu.
  • Sebuah van jenazah - keperluan jika ada kematian.
Surau Batu 10 Tg. Karang - Tempat Wuduk Lelaki
Surau Batu 10 Tg. Karang - Tandas & Tempat Wuduk Perempuan
Surau Batu 10 Tg. Karang -Tempat Wuduk Lelaki
Surau Batu 10 Tg. Karang- Garaj
Surau Batu 10 Tg. Karang -Van Jenazah