Social Icons

Featured Posts

Surau Batu 10 Tanjong Karang

suraubt10.blogspot.com

Surau Batu 10 Tanjong Karang

suraubt10.blogspot.com

Tazkirah Pagi Selasa


Assalamualaikum..

Tazkirah Dhuha

Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan khianat.

Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia .

Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka. Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'am ayat 32).

★ Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita                 beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat.

★ Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit
    dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan
    alam akhirat.

★ Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan  yang kita miliki tanpa kita 
    membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi 
    pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di     
    dunia ini semata-mata kerana Allah SWT.

★ Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi


Sumber dari;
Ustaz Naim

Peruntukan karpet untuk Surau Batu 10


Kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas penggantian karpet baru untuk surau batu 10 (pada tahun 2012).